Hadkan penjualan minyak masak paket 1kgjpg

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh. - Foto BERNAMA JITRA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji mekanisme khusus untuk memastikan penjualan minyak masak subsidi paket sekilogram dihadkan hanya kepada pengguna harian.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh, berkata justeru, pihaknya akan meneliti cadangan untuk mengehadkan penjualan minyak masak subsidi itu kepada golongan peniaga.

Katanya, pihaknya mengakui pembelian dalam kuantiti agak banyak oleh pengguna dalam kategori peniaga untuk minyak masak paket sekilogram itu turut menyumbang kepada krisis ketika pihaknya berusaha mengimbangi stok bahan berkenaan di pasaran.

"Kita ada terima banyak cadangan (termasuk hadkan penjualan minyak masak subsidi paket sekilogram hanya kepada pengguna harian). Apa pun ia masih di peringkat cadangan.

"Kita akan kaji kesesuaiannya kerana ketika ini tiada sebarang usaha dilakukan untuk menghalang peniaga membeli stok yang dikhususkan kepada pengguna harian itu," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di beberapa premis pasar raya dan kilang pengimport di Jitra dan Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan tindakan menghalang penjualan minyak masak paket sekilogram itu kepada peniaga mungkin akan menyusahkan golongan itu, Jamil berkata apa sahaja keputusan dibuat pihaknya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"Minyak masak paket sekilogram bersubsidi memang dikhaskan untuk pengguna harian. Untuk peniaga pula, mereka seharusnya membeli minyak masak dalam botol, namun itu tidak berlaku.

"Jika ketirisan tidak berlaku, stok 45,000 tan metrik bahan itu yang disediakan sebulan sudah mencukupi untuk pengguna harian," katanya.
 

Sumber : Berita Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.