Naik pangkat anumerta

Putrajaya: Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan pangkat anumerta kepada pegawai kastam yang maut dipercayai dilanggar tonto di Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin.

Ketua Setiausaha, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, berikutan itu, gred Allahyarham Anisah Ali, 54, dinaikkan dari 22 kepada 26.

"Kita sudah menguruskan perkara itu. Berikutan kenaikan itu keluarga Allahyarham akan mendapat ganjaran lebih tinggi berdasarkan gred baru," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Puspanita di sini, hari ini.

Dalam kejadia 1.20 pagi Jumaat lalu, mangsa bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pancuan empat roda ketika bertugas dirempuh kenderaan lain dipercayai tonto sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar pokok.

Mangsa yang koma meninggal dunia kelmarin akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan penyertaan Ketua Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam projek mega kerajaan yang membabitkan kos melebihi RM500 juta.

Sumber : Harian Metro

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.