Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.

Beliau berkata, cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko 'menjejaskan' perkhidmatan awam.

Katanya, penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

"Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di Putrajaya hari ini.

Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari.

Sumber : Malaysiakini

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.