Polis perlukan 1000 penjawat awam

KUALA LUMPUR: Bukit Aman hari ini merayu kerajaan supaya menyambung semula pengambilan penjawat awam dalam pasukan polis.

Pengarah Jabatan Pengurusan Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis memerlukan lebih ramai profesional antara lain untuk membantu penyelidikan dan pengkajian, antara lain.

“Kita sudah memohon kepada kerajaan, untuk mengajikan lebih ramai profesional bukan sahaja untuk membantu polis dalam perkara pengurusan, tetapi juga untuk memberi kepakaran tertentu seperti perakaunan, teknologi maklumat dan perundingan.

“Keperluan ini supaya anggota berseragam boleh tumpu menjalankan tugasan operasi, manakala penjawat awam profesional bantu menjalankan penyelidikan dan pengkajian.

“Mereka (penjawat awam dalam polis) tulang belakang kami, dan memainkan peranan penting dalam kejayaan kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya sekarang ini terdapat kurang daripada 10% profesional dalam perkhidmatan awam pasukan itu dan meskipun terdapat keperluan, pembekuan pengambilan penjawat awam oleh kerajaan tidak membolehkan.

Zulkifli menambah terhadap lebih ribuan kekosongan untuk penjawat awam dalam pasukan itu.

Ini kreana jumlah kakitangan berseragam bertambah dan dijangka mencecah lebih 100,000 menjelang tahun depan.

“Beban kerja penjawat awam dalam pasukan bertambah seiring dengan jumlah rekrut. Walaupun dibantu sistem komputer, masih perlu orang untuk bantu pengurusan.

“Ini salah satu bentuk kebajikan kepada anggota kami kerana mereka sudah menunaikan tanggungjawab mereka, supaya manfaat lain yang dimaksudkan untuk mereka, boleh dibantu penjawat awam.”

Sumber : Free Malaysia Today

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.