SPRM tubuh Yayasan Prihatin untuk pegawai kakitangan

PUTRAJAYA: Yayasan Prihatin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyampaikan bantuan Bursari Pelajaran kepada pegawai dan kakitangan SPRM yang ada anak-anak bersekolah di sekolah rendah dan menengah.

Yayasan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan BPR/SPRM dan perasmian kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM.

Bagi penyampaian yang julung kali dilakukan Yayasan Prihatin, SPRM memperuntukkan RM550,000 untuk diagihkan kepada 967 anak-anak pegawai dan kakitangan SPRM, termasuk seramai 428 penerima peringkat negeri.

Sebanyak RM300 akan diberi kepada setiap seorang anak bagi pegawai dan kakitangan gred 52 ke bawah, manakala sebanyak RM200 kepada mereka yang berada di Gred 53 dan ke atas.

Majlis penyerahan bantuan Bursari Pelajaran diadakan di auditorium Ibu Pejabat SPRM dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

SPRM juga adalah agensi penguatkuasaan pertama yang memberikan bantuan Bursari Pelajaran kepada anak-anak pegawai dan kakitangan agensi melalui yayasan yang ditubuhkan itu.

Jawatankuasa Yayasan Prihatin yang bermesyuarat pada pada 7 Disember lalu juga secara sebulat suara bersetuju untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa kemalangan, penyakit, bencana, khairat kematian, hadiah bersalin dan perkahwinan.

SOURCE : BH Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.