AMPANG - Seorang pekerja restoran warga Bangladesh yang ditahan dalam Ops Pintas bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Muhammed Shahin Talukder, 34, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan tanpa kuasa tiga memiliki pasport Bangladesh milik Abdul Kalam Azad, Md Kamal Hossen dan Md Sharif yang dikeluarkan bagi kegunaan orang tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah, Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah dekat sini jam 1.30 petang pada 6 Disember lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000.

Majistret Haslinda A Raof menetapkan 17 Januari depan untuk fakta dan hukuman selepas membenarkan permohonan Raihanah.

Rakan senegaranya, Abdul Rahim, 40, mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan memiliki tanpa kuasa sah terhadap sembilan pasport milik Mahabur, Md Nabi Hossain, Mohammad Mahiuddin, Md Abu Hanif, Hanifa, Mohamad Masud Hossain, Mohamad Babul Hossain, Mito Mhia dan Md Aminul Mia.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah No 39, Jalan Dagang Permai 4, Taman Dagang Permai dekat sini jam 1.30 tengah hari pada tarikh sama.

Haslinda menetapkan sama untuk sebutan semula.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan jurubahasa terhadap empat lagi individu termasuk seorang wanita.

Sebelum ini, akhbar membongkarkan terdapat aktiviti penyeludupan migran dari negara itu  melalui KLIA oleh empat individu sejak 2010.

Mereka turut dipercayai menguasai urusan imigresen dan setiap pengawai serta anggota Jabatan Imigresen  Malaysia yang bertugas di lapangan terbang itu mengenali kumpulan berkenaan.

Ops Pintas KLIA  digerakkan oleh Bahagian Anti Pemerdagangan dan Penyeludupan Migran (Atipsom) D7C Bukit Aman selepas risikan hampir tujuh bulan.

source :  Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.