KOTA BHARU 23 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan mengesan tindakan segelintir peniaga di pasar besar sekitar negeri ini yang sering mengambil kesempatan menaikkan harga barangan kawalan terutama ayam setiap kali tibanya musim perayaan.

Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, kebanyakkan peniaga terbabit menaikkan harga barangan kawalan itu sehingga mencecah paras harga siling yang ditetapkan kerajaan.

“Saya lihat, perkara ini sudah menjadi trend dan PPDNKK Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan peniaga yang suka mengambil kesempatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 Peringkat Negeri Kelantan di KB Mall di sini hari ini.

Ab. Ghani memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti lebih 20 pasar besar di sekitar negeri ini yang sering menaikkan harga barangan kawalan setiap kali musim perayaan.

Katanya, PPDNKK Kelantan akan menempatkan anggotanya di semua lokasi panas untuk memantau harga barangan kawalan terutama ayam di kawasan yang sering berlaku kenaikkan.

source :  Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.