KUALA LUMPUR 23 Dis - Enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersenarai dalam pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat berkuat kuasa pada 22 Januari tahun hadapan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Komandan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Asisten Komisioner Hamdan Abas mendahului senarai menjadi Komandan di pusat latihan berkenaan di Ipoh, Perak.

Jelasnya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan) di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Asisten Komisioner Abd. Razak Md. Zin bertukar ke unit urusetia dalam jabatan sama dan menyandang jawatan sama.

“Ketua Bahagian Penerbangan King Air Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Asisten Komisioner Nasarudin Abdul Mubin menyandang jawatan Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Pangkalan, Semenanjung.

“Sementara itu, Deputi Superintenden Md. Asri A. Wahab yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dinaikkan menjadi Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Asmawati, Deputi Superintenden Muhamad Farid Ahmad yang bertugas sebagai pegawai Pengajian Sains Pembangunan Pengurusan (1), Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM, Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Labuan, Sabah dengan memangku pangkat Superintenden.

“Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sipitang, Sabah, Asisten Superintenden Mohd. Haris Ibrahim pula akan menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Penampang, Sabah dengan memangku pangkat Deputi Superintenden,” ujarnya. -

Source : -  Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.