Rasuah Penguatkuasa Maritim Malaysia

TIEN Ung (tengah) didakwa di Mahkamah Seksyen Bintulu, semalam.

BINTULU: Seorang pengusaha bot nelayan, Ling Tien Ung, 41, didakwa di Mahkamah Seksyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan memberi rasuah kepada pegawai Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia.

Ling Tien Ung, 41, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik saja pertuduhan terhadapnya, dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nixon Kennedy.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tien Ung didakwa memberi rasuah kepada Laskar 1 Abdul Hakim Mohamad @ Hamid, sebanyak RM500 sebagai sogokan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya, yang melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di Restoran After 3, Park City Bintulu, di sini jam, 3 petang pada 19 Januari lalu

Tieng Ung turut didakwa memberi rasuah kepada Leftenan Mohd Izham Ismail, sebanyak RM2,000 di tepi jalan Kampung Jepak, Bintulu, di sini, jam 7 malam, pada 27 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.