JOHOR BAHRU 17 Okt. - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel ditahan dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM13,557 dirampas di tempat letak kereta sebuah kondominium Taman Setia Tropika di sini Ahad lalu.

Turut ditahan bersama-sama anggota polis berusia 28 tahun yang bertugas di sebuah balai di negeri ini ialah seorang wanita berusia 21 tahun, dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor pada 11.45 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, semasa diperiksa, pelbagai jenis dadah iaitu 216 gram ketamin, 72 biji pil ekstasi, tujuh biji pil erimin 5 dan 16 gram syabu dirampas.

“Turut dirampas ialah sebuah kereta Perodua Viva dan wang tunai bernial RM21,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari.

Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Sekseyn 39B Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

SOURCE :-  Utusan Online 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.