Boy Iman ditahan semula selepas bebas seketika

Jalan masih panjang terpaksa diharungi Datuk Boy Iman - atau nama sebenarnya Nuruliman A Rahman.

Dia bersama dua yang lain dibebaskan daripada tahanan reman kira-kira jam 6 petang tadi selepas tempoh yang dibenarkan mahkamah berakhir.

Namun beberapa minit kemudian Boy Iman dan dua yang lain ditahan semula untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan nilai kira-kira RM6.2 juta.

Katanya, permohonan menahan reman Boy Iman akan dibuat di Muar, Johor, manakala dua yang lain di Nilai, Negeri Sembilan.

Kata Acryl Sani, jumlah laporan polis terhadap syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR) juga kini meningkat menjadi 201 berbanding 188 sebelum ini.

Katanya laporan itu dibuat di seluruh negara.

Beliau menambah, polis akan memanggil beberapa individu lain untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam polis menahan tiga individu berusia antara 29 dan 45 tahun dan mahkamah membenarkan mereka direman selama dua hari.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu atas tuduhan menipu.

Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Semalam Acryl Sani memberitahu syarikat terbabit menawarkan sebuah banglo dengan keluasan 1,650 kaki persegi pada harga kira-kira RM60,000.

Bagaimanapun mangsa berdepan masalah apabila rumah yang dijanjikan tidak dibina walaupun bayaran sudah dilunaskan.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.