5.png

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati terdapat kelemahan dalam proses meluluskan Borang Pengikraran Kastam bagi melepaskan barang dagangan import.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan terhadap aduan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga mendapati, terdapat pengimport serta ejen kastam telah membuat pengikraran tanpa mematuhi Perintah Tetap Kastam sedia ada.

“EAIC telah menerima aduan terhadap JKDM, kerana didakwa tidak mengambil tindakan membatalkan lesen pengimport dan ejen kastam yang telah melanggar Perintah Tetap Kastam dan siasatan dijalankan mengikut subseksyen 27(4) Akta EAIC 2009 (Akta 700),” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor penambahbaikan kepada JKDM bagi meningkatkan kawalan dan pematuhan ke atas Perintah Tetap Kastam oleh pengimport dan ejen kastam.

EAIC turut mencadangkan JKDM mengambil tindakan tegas ke atas pengimport dan ejen kastam yang didapati melanggar perintah tersebut.

SUMBER : The Sun

 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.