new.png

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengumumkan penjenamaan semula organisasinya, termasuk pengenalan logo baharu sebagai simbol pembaharuan dan pengukuhan peranan institusi itu sebagai sebuah badan pemantau bebas.

EAIC dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu dilaksanakan selaras dengan mandat di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

"Penjenamaan semula ini adalah kesinambungan kepada usaha pembaharuan progresif yang digerakkan sejak 2024, termasuk penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

"Antaranya pembuangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram serta penyalahgunaan kuasa dalam pengeluaran visa perubatan, dan kajian untuk mengenal pasti langkah pencegahan kematian dalam tahanan," menurut kenyataan EAIC.

Menurut kenyataan EAIC, inisiatif itu juga merangkumi pemantapan prosedur operasi standard (SOP) siasatan dan pewujudan mekanisme traffic light bagi memantau kemajuan siasatan, yang telah melonjakkan kadar penyelesaian aduan kepada 99 peratus.

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.