Parlimen Pembentangan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis ditangguh

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) ditangguhkan ke persidangan Dewan Rakyat akan datang. Berikutan itu usul pembentangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang-undang mengenai perkara itu turut ditangguh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika mengemukakan perkara itu pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata “Tuan Yang Dipertua, bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon menangguhkan bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga RUU IPCMC DR 25 2019 seperti di nombor dua, Aturan Mesyuarat hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya. Berikutan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata usul membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang berkenaan perkara itu turut ditangguh. “Oleh demikian, usul oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh), Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang di nombor satu Aturan Mesyuarat hari ini juga ditangguhkan ke mesyuarat akan datang kerana ia berkaitan dengan Rang Undang-undang berkenaan (IPCMC),” katanya. RUU IPCMC 2019 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi Julai lepas dan bacaan kali kedua pada Oktober lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk dibincang dengan lebih teliti. IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempertingkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis. -- BERNAMA

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 182

Yesterday 391

This Week 1791

This Month 9242

Overall 11978