Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu dakwa daripada EAIC

PUTRAJAYA, 25 Nov -- Orang ramai dinasihati agar berwaspada dengan panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi atau medium sosial yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank. Ia susulan pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang menerima panggilan palsu tersebut hari ini, menurut EAIC dalam satu kenyataan hari ini. “Pihak EAIC akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan berharap tindakan sewajarnya akan dijalankan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melindungi orang awam serta menjaga reputasi Suruhanjaya ini," menurutnya. Orang awam yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my. Sumber : BERNAMA

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 57

Yesterday 286

This Week 2384

This Month 9835

Overall 12571