JOHOR - Lebih 250 individu terlibat dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC 2019 sehingga siri ketiga, setakat ini.

Sesi pendengaran disertai individu dari pelbagai latar belakang iaitu pegawai-pegawai dan pesara-pesara polis, ahli akademik serta badan-badan bukan kerajaan.

Pengerusinya, Ramkarpal Singh berkata, sesi itu merupakan medium mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang awam mengenai IPCMC 2019.

Setakat ini, maklum balas diterima positif.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ketiga IPCMC 2019 di Iskandar Puteri, Johor.

Tambahnya, sesi pertama dan kedua dianjurkan di Sarawak serta Pulau Pinang manakala sesi keempat bakal dilaksanakan di di Sabah, lusa.

Jawatankuasa tersebut akan mengemukakan syornya ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum 18 November ini.

Sumber : Berita RTM

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 52

Yesterday 286

This Week 2379

This Month 9830

Overall 12566