Beri kuasa IPCMC siasat KPN dibincang jawatankuasa Parlimen

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ke atas ketua polis negara sudah dibawa ke perbincangan jawankuasa khas Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Parlimen, Ramkarpal Singh Deo berkata individu-individu dan badan-badan yang menyokong IPCMC dan sebaliknya sudah dipanggil untuk memberikan pandangan.

“Kami juga telah mendengar dari polis minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai jawatankuasa berkenaan hari ini.

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) menggesa kerajaan melaksanakan cadangan itu, melihat kepada kes lampau di mana ketua polis ngara didakwa menggunakan kuasanya untuk penutupan bertahap tinggi, seperti dalam kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan pada 2009, kes siasatan 1MDB, dan kes kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Semantara itu, Ramkarpal mengundang mana-mana pertubuhan dan individu ke sesi pendengaran awam mengenai IPCMC bagi mendapatkan maklum balas, seperti tarikh berikut:

  • 26 Okt di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
  • 2 Nov di Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang.
  • 8 Nov di Bilik Gerakan Dewan Negeri Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Iskandar Putri, Johor.

Sumber : Free  Malaysia Today

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.