Taklimat syor IPCMC dibentang kepada jemaah menteri pada Rabu

SANDAKAN: Satu taklimat berhubung syor-syor yang telah dicadangkan bagi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, ketika ini pihaknya dalam proses untuk mengenalpasti syor-syor yang perlu diberi perhatian sama ada untuk diubah atau ditambah.

"Saya sudah berjumpa dengan pihak berkenaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan pihak berkepentingan utama dalam IPCMC ini.

"Ada banyak syor yang telah diberikan dan kita dalam proses untuk kenalpasti syor mana yang kita akan ambil maklum dan mana yang akan dipinda sekiranya perlu.

"Dan, semua syor ini akan dimaklumkan kepada pihak jemaah menteri. Pada Rabu ini, Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) yang mengendalikan IPCMC dan juga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan beri taklimat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Merdeka Jom Cari Kerja di Dewan PPR Taman Batu Sapi di sini semalam.

Liew berkata, sebarang perkembangan berhubung perkara itu hanya boleh dimaklumkan selepas sesi taklimat pada Rabu.

Beliau juga berkata, Rang Undang-Undang IPCMC akan dibentang Parlimen pada bulan depan.

IPCMC bertujuan menggantikan EAIC bagi mempertingkat integriti dan keupayaan PDRM selain menggalakkan integriti dalam kalangan anggota polis dan pada masa yang sama IPCMC berfungsi melindungi kepentingan orang awam melalui pencegahan dan menangani salah satu anggota polis.

Sumber : Utusan Borneo Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.