PM Jawatankuasa Aduan pantau 20 agensi penguatkuasaan akan ditubuhkan 1

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bagi mengkaji keperluan menubuhkan satu Jawatankuasa Aduan (JKA), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata JKA itu adalah bagi memantau pengendalian aduan kes-kes salah laku bagi 20 agensi penguatkuasaan lain selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini bagi memastikan pemantauan ke atas 20 agensi penguatkuasaan berkenaan dapat terus dilakukan seiring dengan pemantauan PDRM," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR, di Putrajaya hari ini.

PM Jawatankuasa Aduan pantau 20 agensi penguatkuasaan akan ditubuhkan 2

Ditanya secepat mana JKA itu akan ditubuhkan, Dr Mahathir berkata : "Secepat mungkin".

Dr Mahathir berkata JKKMAR juga bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya urusan penamatan jawatan ketua pesuruhjaya dibuat melalui proses perlembagaan dengan membuat pindaan undang-undang berkaitan.

JKMMAR juga memutuskan supaya satu kajian dibuat bagi mengkaji prosedur perlantikan ketua pesuruhjaya SPRM turut dibuat melalui perlembagaan, katanya.

"Ini bagi mengelakkan campurtangan kerajaan dalam urusan perlantikan serta menjamin ketelusan dan kebebasan ketua pesuruhjaya dari pengaruh mana-mana pihak," katanya.

Dr Mahathir berkata tindakan pemecatan terhadap individu yang memegang jawatan ketua pesuruhjaya SPRM juga perlu dibuat melalui proses perlembagaan.

Sumber : Malaysiakini 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.