EAIC junjung titah Sultan Selangor perangi rasuah

SHAH ALAM - Peringatan titah Sultan Selangor berhubung isu rasuah akan dijunjung sepenuhnya untuk dilaksanakan agar masyarakat di negeri ini secara umumnya bebas daripada gejala amalan buruk tersebut.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjunjung kasih atas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dizahirkan pada Rabu.

Kebimbangan baginda terhadap aktiviti rasuah atau pecah amanah yang berlaku adalah sangat membimbangkan kerana boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik pegawai kerajaan di negeri Selangor.

Sehubungan itu, EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Sultan Sharafuddin dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di negeri Selangor dapat dibanteras sepenuhnya.

"EAIC adalah agensi bertanggungjawab mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

"Untuk itu, EAIC dengan penuh iltizam akan meningkatkan usaha memperkasakan budaya berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC di negeri Selangor dan seluruh negara amnya selaras dengan titah Tuanku," kata EAIC dalam satu kenyataan pada Jumaat

Sumber : Sinar Harian Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 233

Yesterday 351

This Week 233

This Month 10362

Overall 13098