Kelantan catat aduan paling rendah diterima EAIC

KOTA BHARU: Kelantan antara negeri yang mencatat jumlah aduan paling rendah yang diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tahun ini. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat EAIC, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, EAIC bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap aduan berhubung kesalahan penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700). Katanya, di bawah EAIC terdapat 21 agensi yang dikawal selia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“EAIC mempunyai pelbagai saluran untuk membuat aduan di mana individu boleh menghubungi EAIC secara terus, menghantar e-mel dan melalui saluran e-aduan.

“Kami akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk menyebarluaskan peranan EAIC,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sembang Santai bersama EAIC di sebuah hotel di sini, semalam.

Tengku Nasaruddin berkata, dengan adanya saluran yang disediakan membolehkan masyarakat lebih mudah membuat aduan menerusi media sosial.

Katanya juga EAIC memerlukan maklumat lengkap pengadu serta aduan yang dibuat untuk memudahkan siasatan dijalankan.

Menurutnya juga Kelantan merupakan negeri pertama dilaksanakan kempen E.R.A.T EAIC bagi memastikan masyarakat di negeri itu mengenali dan memahami fungsi serta peranan EAIC.

Kata beliau melalui kempen itu diharap dapat memupuk kesedaran dan mendedahkan masyarakat mengenai saluran bagi membolehkan mereka menyalurkan atau membuat sebarang aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasaan.

“Kita mengadakan kempen selama empat sehingga 29 Mei ini. Kempen ini penting kerana berdasarkan pemerhatian kita masyarakat masih kurang jelas mengenai fungsi dan peranan EAIC.

“Kita memberi pendedahan tentang fungsi EAIC dan orang ramai mulai faham saluran yang boleh digunakan sekiranya ingin melaporkan sebarang kesalahan membabitkan agensi penguatkuasa,” katanya. â€“ HARAKAHDAILY 27/5/2022

Sumber : Harakah Daily 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 235

Yesterday 423

This Week 1423

This Month 9596

Overall 12493