Kelantan dipilih negeri pertama kempen bersemuka EAIC

(Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed)

KOTA BHARU, 27 Mei - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk melaksanakan kempen bertemu masyarakat yang dinamakan Kempen E.R.A.T EAIC.

Kempen empat hari yang bermula semalam itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan suruhanjaya tersebut. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, Kelantan dikenal pasti antara negeri yang mencatat aduan paling rendah diterima pihak suruhanjaya pada tahun ini. Kempen E.R.A.T EAIC diharap dapat memupuk kesedaran penduduk negeri itu mengenai saluran yang boleh mereka gunakan untuk menyalurkan sebarang isu salah laku dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan. "Setakat hari ini memang terbukti yang masyarakat di negeri Kelantan mereka masih lagi kurang faham tentang fungsi dan peranan EAIC makanya selepas kita beri penerangan semua tadi mereka baru faham bahawa ada saluran rasmi.

"Jika sebarang masalah membabitkan salah laku di peringkat penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan maka EAIC adalah suruhanjaya yang terbaik untuk mereka salurkan aduan," kata Tengku Nasaruddin kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai Kelab Media Darul Naim (KEMUDI) bersama EAIC di di sini.

Hadir sama, Presiden KEMUDI, Majidah Ismail.

foto fail

(Foto fail)

EAIC adalah sebuah badan berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan bertanggungjawab memantau serta menjalankan siasatan terhadap aduan orang ramai mengenai salah laku penguat kuasa dan agensi
penguatkuasaan. Tengku Nasaruddin juga memaklumkan, kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan tindakan penguat kuasa yang tidak wajar seperti lewat mengambil tindakan dan langsung tiada
tindakan. Orang ramai boleh membuat aduan kepada EAIC secara jumpa terus, menghantar e-mel atau menerusi e-aduan.

Sumber : RTM

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 359

Yesterday 283

This Week 1830

This Month 10003

Overall 12900