EAIC terima 302 aduan kesalahan salah laku pegawai penguatkuasa

By

 Kasthuri Jeevendran

 -

 7 June 2023

mohd-sidek-hassan.webp

Mohd Sidek Hassan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 302 aduan salah laku pegawai penguat kuasa pelbagai agensi setakat 31 Mei lalu.

Menurut kenyataan EAIC, pada tahun lalu suruhanjaya itu menerima 704 aduan yang membabitkan 21 agensi kerajaan.

Difahamkan antara aduan lain yang diterima ialah bersikap tidak wajar, salah guna kuasa, kesalahan jenayah, rasuah, tidak mengikut undang-undang, tidak puas hati terhadap tindakan saman trafik, kesalahan berkait penjawat awam dan kesalahan berkaitan rampasan atau tangkapan.

Laman sesawang EAIC menyatakan, setakat 30 April lalu Selangor menjadi negeri tertinggi dengan 64 aduan direkodkan diikuti Kuala Lumpur (34), Perak (20), Johor (19), Pulau Pinang (15), Kedah (14).

Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing mencatatkan sembilan aduan disusuli Pahang (8), Putrajaya (7), Terengganu (6), Kelantan (6), Perlis (3), Sarawak (3), Melaka (3) dan Labuan (1).

Dalam pada itu Pengerusi EAIC, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pihaknya membangunkan Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) bagi menguruskan aduan serta kendalian siasatan sepenuhnya secara dalam talian.

Katanya, EAIC menerima aduan daripada saluran antaranya e-Aduan, e-mel, surat rasmi atau hadir ke pejabat suruhanjaya tersebut.

“Sistem SPAPS ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menyalurkan aduan dengan lebih pantas dan seterusnya dapat mengikuti perkembangan aduan mereka secara atas talian.

 “Sistem ini membolehkan pegawai siasatan EAIC untuk menguruskan aduan diterima serta mengendalikan siasatan dengan lebih efektif kerana dokumen berkaitan diperlukan boleh diakses dengan lebih mudah di mana sahaja tanpa bergantung kepada fail fizikal,” katanya ketika berucap melancarkan SPAPS, hari ini. – MalaysiaGazette

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.