EAIC terima 302 aduan salah laku penguat kuasa

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

gaga.jpg

GAMBAR hiasan

 

Putrajaya: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 302 aduan salah laku pelbagai agensi penguat kuasa setakat 31 Mei lalu.

EAIC dalam kenyataan memaklumkan, angka itu membabitkan pelbagai laporan berbanding 704 aduan yang diterima suruhanjaya itu pada tahun lalu.

Berdasarkan laman sesawang EAIC setakat 30 April lalu pula, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan 64 aduan direkodkan diikuti Kuala Lumpur (34), Perak (20), Johor (19), Pulau Pinang (15) dan Kedah (14).

Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing mencatatkan sembilan aduan disusuli Pahang (8), Putrajaya (7), Terengganu (6), Kelantan (6), Perlis (3), Sarawak (3), Melaka (3) dan Labuan (1).

Selain aduan, sebanyak sembilan kertas siasatan dibuka terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masing-masing satu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sera Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 30 April lalu.

Sementara itu, Pengerusi EAIC Tan Sri Sidek Hassan, berkata suruhanjaya itu membangunkan Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) bagi menguruskan aduan serta kendalian siasatan sepenuhnya secara dalam talian.

Beliau berkata, EAIC bagaimanapun akan terus menerima aduan daripada saluran lain antaranya e-Aduan, e-mel, surat rasmi dan surat layang atau hadir sendiri ke pejabat EAIC.

"Sistem SPAPS ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menyalurkan aduan dengan lebih pantas dan seterusnya dapat mengikuti perkembangan aduan mereka secara atas talian.

"Sistem ini membolehkan pegawai siasatan EAIC untuk menguruskan aduan diterima serta mengendalikan siasatan dengan lebih efektif kerana dokumen berkaitan diperlukan boleh diakses dengan lebih mudah di mana sahaja tanpa bergantung kepada fail fizikal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan SPAPS di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Pelan Strategik EAIC 2023-2027 yang dilancarkannya hari ini, Sidek berkata, ia mengandungi empat teras, 17 strategik dan 41 program.

Katanya, pelan itu juga adalah kesinambungan kepada Pelan Strategik EAIC 2017-2022.

"Pemantauan secara berterusan akan diadakan dan laporan pencapaian pelaksanaan program EAIC daripada bahagian, seksyen dan unit bertanggungjawab akan dibentang serta dipantau secara berkala oleh Pesuruhjaya EAIC," katanya.

Pelan Strategik EAIC 2023-2027 menggariskan empat teras iaitu memperkasakan penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan aduan dan siasatan yang berkesan; memantapkan perundangan, dasar dan prosedur efektif; mempertingkatkan kesedaran integiri ke arah pendidikan, pencegahan dan pembudayaan nilai integriti serta memperkukuhkan keupayaan dan tadbir urus EAIC bagi mencapai kecemerlangan secara holistik.

Disiarkan pada: June 7, 2023 @ 12:54pm

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Today 112

Yesterday 495

This Week 607

This Month 10736

Overall 13472