Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pengarah antara 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dipanggil Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung siasatan skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing.

Berdasarkan sumber, semua pegawai terbabit termasuk penolong pengarah kanan yang dikatakan bertugas di Bahagian Keselamatan dan Pasport dipanggil sepanjang minggu ini untuk diambil keterangan.

"Mereka dipanggil EAIC (berhubung skandal visa perubatan) minggu ini, dengan semuanya hadir dan masing-masing sudah memberikan keterangan," katanya.

Dalam pada itu, sumber Imigresen memaklumkan Pasukan Petugas Khas EAIC turut menyerbu pejabat penolong pengarah terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen atau fail diambil bagi tujuan siasatan.

 

Sebelum ini, EAIC dilapor menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing dari beberapa negara, selaras subseksyen 17(1) Akta EAIC 2009 [Akta 700].

Pasukan Petugas Khas itu diketuai Datuk Seri Dr Razali Ab Malik yang juga seorang daripada Pesuruhjaya EAIC.

Berdasarkan siasatan awal dibentang dalam mesyuarat Suruhanjaya itu pada 15 Oktober lalu, mesyuarat memutuskan supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap aktiviti mencurigakan berkaitan sindiket itu berdasarkan dokumen yang disita.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, ketika dihubungi BH tidak memberikan sebarang komen, sebaliknya meminta merujuk kepada EAIC berikutan pihak berkenaan yang menjalankan siasatan.

"Perkara ini masih dalam siasatan EAIC. Boleh dapatkan pengesahan drpd EAIC," katanya ringkas.

Dalam pada itu, EAIC ketika dihubungi BH memaklumkan ketika ini tiada sebarang kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara itu berikutan siasatan masih dijalankan

Pada 8 Oktober lalu, EAIC dilapor hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya dan melaksanakan penyitaan ke atas 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan).

Sitaan itu dijalankan susulan aduan berhubung dakwaan pegawai Imigresen yang dikatakan mengeluarkan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.

 

Sumber : Berita Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.