Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar mengesahkan 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dipanggil berhubung siasatan skandal visa perubatan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia akan dipanggil susulan siasatan berkaitan skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada keperluan semasa dan hala tuju siasatan.

"Itu mungkin (EAIC) akan memanggil lebih ramai pegawai berhubung kes itu) dari semasa ke semasa. Ikut bagaimana hasil siasatan yang kita buat," katanya ketika ditemui di Program Dua Tahun Kerajaan MADANI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia sudah dipanggil pihaknya untuk tujuan siasatan berhubung skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing itu.

 

Bagaimanapun, katanya beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan.

"Saya tak boleh nak ulas dulu kerana masih dalam siasatan. Jadi kita tunggu siasatan kerana (bimbang) menjejaskan siasatan kami.

"Ya menjurus kes tersebut (visa perubatan untuk membawa masuk warga asing," katanya.

Semalam, seorang penolong pengarah dilapor antara 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dipanggil EAIC berhubung skandal visa perubatan untuk membawa masuk warga asing.

Berdasarkan sumber, semua pegawai terbabit termasuk penolong pengarah yang yang dikatakan bertugas di Bahagian Keselamatan dan Pasport dipanggil sepanjang minggu sepanjang minggu ini untuk diambil keterangan.

Sumber JIM memaklumkan Pasukan Petugas Khas EAIC turut menyerbu pejabat penolong pengarah terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen atau fail diambil bagi tujuan siasatan.

 

Sumber : Berita Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.