36.png

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan tindakan tatatertib sudah diambil terhadap pegawai dan petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) susulan insiden kematian klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau, Perak, pada 14 Mac lalu.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan yang dikenakan oleh Unit Integriti AADK itu selaras dengan prosedur dalaman agensi dan siasatan berhubung aduan kes berkenaan dilaksanakan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Sehubungan dengan itu, EAIC sudah merujuk kepada Ketua Jabatan AADK bersama-sama cadangan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah AADK meliputi Bab D01 tentang proses kemasukan klien dan Bab D10 berkaitan pengurusan bilik rawatan, perubatan dan klinikal.

"Penambahbaikan ini bertujuan mengukuhkan pengurusan dan pemantauan kesihatan klien, termasuk aspek pengendalian dan pemberian ubat kepada klien yang dimasukkan ke pusat pemulihan," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengesyorkan pelaksanaan naziran menyeluruh di semua PUSPEN untuk memantau pelaksanaan tugasan, mengenal pasti isu operasi serta memastikan pematuhan berterusan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

 
SUMBER : Berita Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.