fifa-fam.png

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan bagi tujuh pemain naturalisasi Malaysia.

Ini termasuk kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi proses kewarganegaraan yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan siasatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut EAIC, penubuhan pasukan petugas khas itu selaras dengan subseksyen 17(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. “Pasukan Petugas Khas ini akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi EAIC, Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham bersama ahli-ahli Suruhanjaya iaitu Datuk Siti Zainab Omar, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail dan Datuk Ong Lam Kiat.

“Ini termasuk pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Operasi EAIC,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

EAIC berkata, keputusan mesyuarat suruhanjaya turut memutuskan agar EAIC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan prosedur.

Katanya, ia berkaitan dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan.

“EAIC memohon kerjasama penuh semua agensi dan pihak berkaitan sepanjang proses siasatan dijalankan memandangkan isu ini melibatkan kepentingan awam dan integriti negara di peringkat antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

SUMBER : Kosmo

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.