eaic_run.png

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menganjurkan Larian ERAT Malaysia 2025 pada 13 Sept ini di Kuala Terengganu sempena sambutan Hari Malaysia ke-62.

Menurut kenyataan EAIC hari ini, larian santai sejauh lima kilometer bertemakan "Integriti Dijulang, Negara Bermaruah itu akan bermula dan berakhir di Dataran Batu Buruk, melalui laluan ikonik Jambatan Angkat, mercu tanda utama di bandar berkenaan.

Pendaftaran adalah percuma dan kini dibuka kepada 1,000 peserta terawal.

"Selain memupuk gaya hidup sihat, penyertaan itu juga memberi ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama agensi penguatkuasaan menyemai nilai integriti dan tanggungjawab sosial dalam suasana santai dan penuh semangat kenegaraan," menurut kenyataan itu.

Peserta yang mendaftar akan menerima kemeja-T dan medal eksklusif selain berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta menyertai cabutan bertuah yang disediakan sepanjang program itu.

Pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan seperti pameran integriti, sesi bersama penguat kuasa, jualan Rahmah, trak makanan dan aktiviti pendidikan awam yang menyasarkan kesedaran sivik dan kefahaman terhadap peranan agensi penguatkuasaan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut layari www.eaic.gov.my

SUMBER : Bernama

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.