vis.png

Kuala Lumpur: Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan berlaku salah guna kuasa membabitkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang meluluskan visa perubatan warga asing tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Pesuruhjaya EAIC Datuk Seri Dr Razali Ab Malik berkata, ia hasil siasatan yang dijalankan Pasukan Petugas Khas yang diketuai beliau sendiri.

Menurutnya, Pasukan Petugas Khas itu meneliti pelanggaran dalam proses kelulusan visa perubatan, termasuk semakan terhadap pematuhan tatacara sedia ada, pengambilan keterangan saksi berkaitan, penyitaan dokumen, serta penyediaan syor yang bersesuaian untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

"Siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Imigresen yang meluluskan visa perubatan kepada warga asing dari beberapa negara.

"Walaupun menyedari dokumen permohonan yang dikemukakan adalah tidak lengkap dan tidak mematuhi ketetapan dalam Pekeliling Imigresen Malaysia Bil. 10/2001," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, EAIC memutuskan untuk merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selaras dengan peruntukan Perenggan 30(1)(c) Akta 700.

"EAIC turut mengesyorkan supaya pertuduhan jenayah dikenakan terhadap pegawai JIM yang berkenaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Imigresen 1959/63 dan/atau Akta Pasport 1966," katanya.

 

SUMBER : My Metro

 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.