tunda.png

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati wujud kelemahan ketara dalam proses kelulusan permohonan membabitkan pemindahan milik dan pangkalan lapan vesel pukat tunda oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Johor.

Penemuan itu hasil siasatan EAIC berhubung aduan terhadap jabatan berkenaan yang didakwa meluluskan permohonan pemindahan milik dan/atau pemindahan pangkalan bagi 10 buah vesel yang menggunakan pukat tunda tanpa mematuhi Dasar Penghapusan Pukat Tunda yang ditetapkan kerajaan.

Menurut EAIC, siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Hasil siasatan mendapati terdapat ketidakaturan dalam kelulusan yang diberikan terhadap lapan daripada 10 vesel berkenaan.

“Kelemahan ini menimbulkan persoalan terhadap tahap pematuhan dasar dan integriti prosedur dalam agensi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk kes tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib DOF dengan syor agar tindakan tatatertib dikenakan terhadap pegawai yang terlibat.

 

SUMBER : Utusan Malaysia

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.