zon.png

SHAH ALAM - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan beberapa tindakan Jabatan Perikanan (DOF) dalam meluluskan pertukaran hak milik vesel nelayan tidak mematuhi dasar dan syarat yang ditetapkan jabatan itu sendiri.

EAIC dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima aduan terhadap jabatan terbabit.

"Ia berkaitan dengan tindakan meluluskan permohonan melibatkan bot kenka dan permohonan pertukaran zon yang dikatakan tidak mengikut ketetapan syarat atau pekeliling pelesenan serta bercanggah dengan dasar perikanan sedia ada.

"Siasatan ini dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah EAIC, pihaknya memutuskan untuk merujuk hasil siasatan ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan syor surat teguran diberikan kepada ketua jabatan untuk memastikan pematuhan ke atas dasar serta syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Jelasnya, EAIC juga mengesyorkan pihak DOF menyemak semula kelulusan yang telah diberikan kepada vesel-vesel yang terlibat bagi memastikan ketelusan dan pematuhan kepada pekeliling sedia ada.

Dalam kes berasingan, EAIC telah menerima aduan terhadap DOF Johor berhubung kelulusan permohonan pindah milik atau pindah pangkalan ke atas 10 buah vesel yang menggunakan pukat tunda tanpa mengikut Dasar Penghapusan Pukat Tunda yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ujar kenyataan itu, siasatan mendapati wujud kelemahan iaitu ketidakaturan dalam kelulusan permohonan oleh DOF terhadap lapan daripada 10 buah vesel yang disiasat melibatkan permohonan pindah milik atau pindah pangkalan tersebut.

"Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk kes ini kepada Pihak Berkuasa Tatatertib DOF dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terbabit di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P U (A) 395/1993], susulan kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama," ujarnya.

 

SUMBER : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.