
Putrajaya: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan berlaku ketidakpatuhan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak yang didakwa melepaskan kapal yang disyaki melakukan kesalahan di perairan Zon Bintulu.
EAIC menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu didapati menerusi aduan yang diterima terhadap APMM Sarawak baru-baru ini.
"(EAIC) menerima aduan terhadap pihak APMM Sarawak berhubung dengan ketidakpatuhan pihak APMM Sarawak terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah APMM.
"Siasatan mendapati terdapat ketidakpatuhan mengenai tangkapan dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah APMM oleh APMM Sarawak terhadap kapal yang disyaki melakukan kesalahan di perairan Zon Bintulu," katanya.
Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terbabit kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) APMM.
SUMBER : MyMetro