di.png

SHAH ALAM - Pematuhan setiap agensi penguatkuasaan terhadap prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dikompromi kerana kegagalannya akan memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, kegagalan pematuhan juga membuka ruang kepada kebocoran, ketirisan dan kelompongan dalam sistem.

"SOP wajib dipatuhi secara konsisten dan tidak boleh dikompromi.

"Ia perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa agar kekal relevan, berkesan serta mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, di samping itu, ia meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti pelaksanaannya.

Katanya lagi, dalam konteks agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan awam, sebarang kelemahan dalam pelaksanaan SOP, termasuk dalam proses pemberian kelulusan atau lesen serta tugas penguatkuasaan seperti pengurusan tahanan dan operasi lapangan, boleh menjejaskan keberkesanan sistem serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhan.

SUMBER : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.