BANGI, 28 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memohon peruntukan tambahan dalam Bajet 2016 bagi meneruskan pelaksanaan program pengukuhan integriti dalam kalangan anggota dan agensi penguat kuasa.

Pengerusinya Datuk Yaacob Md Sam berkata semua agensi kerajan mengalami potongan dalam peruntukan bajet pada tahun depan dan EAIC mengalami potongan sebanyak 38 peratus daripada jumlah peruntukan yang dipohon.

"Kami mendapati bajet (tahun depan) hanya mencukupi untuk tujuan pengurusan dan emolumen bagi pegawai tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk mengadakan program.

Oleh itu, EAIC meminta kerajaan mempertimbang dan memberi peruntukan tambahan seperti yang dipohon," katanya pada sidang media selepas menghadiri dialog EAIC bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan media di sini hari ini.

EAIC yang mula beroperasi pada 1 April 2011 adalah sebuah badan bebas menerima dan menyiasat aduan berkaitan salah laku yang membabitkan 21 agensi penguatkuasaan persekutuan.

Sumber : BERNAMA

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.