Miri: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak tidak menolak berkemungkinan seorang pegawai kanan agensi itu ditahan polis selepas mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menerima suapan daripada sindiket yang mendalangi kegiatan penyeludupan rokok terbabit.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit berkata, pihaknya percaya pegawai sama yang membenarkan kumpulan samseng mengambil semula kapal kargo membawa rokok seludup itu, malam kelmarin selepas ditahan sejak 21 Julai lalu.

Beliau berkata, tindakan itu menyalahi prosedur kerana APMM tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pegawai terbabit untuk mendapatkan kebenaran itu.

“Tidak tahulah apa puncanya, namun seolah-olah berlaku urus niaga terlarang antara pegawai terbabit dengan pihak tertentu yang berkepentingan terhadap muatan kargo kapal berkenaan.

“Bagaimanapun, saya mengesahkan kumpulan terbabit gagal membawa keluar kapal berkenaan, begitu juga muatan kargo itu dari depoh tahanan selepas dihalang pegawai dan anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan kepada ibu pejabat APMM di ibu negara dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai terbabit kerana mencemarkan imej pasukan.

“Biarlah polis melakukan siasatan terlebih dulu sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.