KUALA LUMPUR 30 Julai - Tahap integriti yang lemah dalam kalangan pihak ber­kua­sa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasa menjadi punca utama kepada berleluasanya aktiviti perjudian haram.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Ha­zizy Zainol Abidin berkata, ini kerana segala usaha pembanterasan termasuk tindakan pengutkuasaan langsung tidak memberi kesan.

“Inilah punca segala perma­sa­lah­an. Pemuda UMNO Kedah ingin mencadangkan agar satu saringan integriti diwujudkan bagi menangani kelemahan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang mahu ketua polis negeri di seluruh negara membanteras sepenuhnya kegiatan judi haram sehingga dihapuskan 100 peratus.

Mingguan Malaysia dalam laporan khas­nya pada 26 Julai lalu mendedahkan bagaimana kegiatan judi haram kembali berleluasa di seluruh negara.

Sambil menyokong penuh arahan tersebut, Shaiful Hazizy berkata, selain meningkatkan tahap integriti, PBT sendiri perlu menyediakan prosedur dan garis panduan yang ketat bagi meluluskan mana-mana premis hiburan dan perjudian.

Beliau berkata, ini bagi menge­lak­kan premis-premis tersebut se­perti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Dari aspek pengu­atkuasaan pula, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih tegas dengan mengarahkan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (Stagg) menggempur premis-premis perjudian haram.

“Masalah perjudian haram ketika ini bukan saja boleh didapati di kawasan bandar namun turut menjadi wabak dan penyakit di daerah-daerah terpencil khususnya di kawasan penempatan orang Melayu termasuk di Kedah.

“Sehubungan itu, arahan Ahmad Zahid adalah langkah tepat dan perlu dilaksanakan secara serius,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.