KANGAR  â€“ Sangkaan pengguna lebuh raya bahawa polis tidak membuat operasi had laju pada waktu malam meleset apabila sebanyak 52 pemandu kenderaan ditahan dalam sekatan di Kilometer 20, Jalan Kuala Perlis-Changlun, di sini malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 9 malam hingga pukul 12 tengah malam itu, polis turut menahan seramai 16 remaja kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan dua lagi atas kesalahan tiada cukai jalan.

Sebahagian daripada mereka yang panik bertindak berpatah balik melawan arus dan cuba meloloskan diri dengan menyeberang parit di bahu jalan tetapi gagal selepas dikejar polis.

Kesemua motosikal terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) daerah untuk siasatan lanjut.

Turut ditahan seorang pemandu kereta kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke IPD Kangar untuk ujian saringan seterusnya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Suprintendan Rusli Yahya berkata, operasi tersebut diadakan bagi mendidik pengguna supaya tidak memandu laju di kawasan itu.

“Ini berikutan kawasan itu dikenal pasti sebagai lokasi berbahaya dan kerap berlaku kemalangan akibat terbabas. Kita ingin memaklumkan kepada pengguna bahawa operasi had laju juga dilakukan pada waktu malam.

“Secara keseluruhan, saman di­keluarkan adalah sebanyak 91 ke­salahan melibatkan memandu laju, cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh,” katanya di sini.

Menurut Rusli, operasi dijalankan dengan menggunakan alat pengesan had laju yang dilengkapi lampu denyar.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.