Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Industri Komunikasi Malaysia (CMIND) melihat perkhidmatan yang selama ini disediakan di kaunter jabatan itu secara tidak langsung juga akan mempercepatkan lagi proses pengambilan pekerja asing di negara ini.

Menurut Presiden CMIND, Mohd. Irwan Rizal, dengan ada­nya perkhidmatan itu di Jabatan Imigresen, beliau berharap tiada lagi masalah berkaitan kelewatan pengambilan pekerja asing dan ia juga mampu mengurangkan kebergantungan majikan kepada agensi pekerja asing.

“Cara ini dilihat lebih cepat dan telus kerana majikan berurusan terus dalam talian. Mereka tidak perlu mengambil nombor dan menunggu lama. Malah proses untuk membuat permohonan itu juga dapat dibuat cepat iaitu satu atau dua hari berbanding sehingga dua minggu sebelum ini.

“Mungkin cara itu juga boleh mengurangkan kos mengambil pekerja asing kerana selama ini agensi pekerja asing banyak mengambil komisyen sehingga bayaran untuk menyediakan seorang pekerja asing mencecah sehingga RM7,000,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau pada masa sama tidak menafikan agensi pekerja asing mungkin sedikit terjejas tetapi mereka masih boleh meneruskan perniagaan dalam bidang sama tetapi dengan cara menyediakan perkhidmatan lain seperti khidmat latihan kepada bakal pekerja asing.

Malah, katanya dengan kos bayaran RM38 di talian itu, pekerja asing juga boleh diambil lebih cepat untuk bekerja selain memberi peluang kepada mereka untuk memilih majikan yang sesuai serta menawarkan gaji serta kemudahan yang lebih baik kepada mereka.

“Selama ini agensi pekerja asing cuma membekalkan pekerja asing tetapi apabila adanya khidmat dalam talian ini mereka boleh melatih pekerja asing seperti orang gaji setiap setahun sekali misalnya, supaya mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan lagi,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.