Kuala Lumpur - Operasi yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan untuk memusnahkan ladang haram di Cameron Highlands perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan berkata, usaha tersebut perlu dilakukan secara bersama melibatkan semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan bagi mengelakkannya berulang.

“Penglibatan semua pihak terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah penting bagi mengelakkan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kawasan ladang haram yang telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa ketika operasi yang dilakukan sebelum ini perlu dibersihkan dan dilakukan penanaman semula,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan yang memperhebatkan usaha membanteras kegiatan penerokaan tanah haram untuk tujuan pertanian di Cameron Highlands.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk G. Palanivel berkata, kerajaan akan memusnahkan ladang baharu dengan keluasan kira-kira 500 hektar dan terselindung di lereng bukit yang telah dibuka oleh pendatang asing untuk tujuan pertanian di kawasan tanah tinggi itu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil berkata, tindakan untuk memusnahkan ladang itu seharusnya dipuji dalam usaha memelihara dan memulihara ekosistem serta flora dan fauna.

“Tindakan yang lebih tegas perlu diambil kepada mereka yang terlibat termasuk tauke dan juga pekerja ladang tersebut.

“Di samping itu, kerajaan juga mungkin boleh mengharamkan penggunaan jentolak yang dibawa masuk dari luar serta mewajibkan penggunaan jentolak khusus milik kerajaan supaya langkah pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.