KLANG: Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menyerbu sebuah klinik bersalin di bandar ini, sebentar tadi susulan laporan penjualan bayi oleh stesen televisyen Al-Jazeera. Serbuan terbabit bermula jam 2 petang hingga 3.30 petang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor. Sumber polis berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati klinik itu sudah tidak beroperasi sejak September lalu. “Kita masih melakukan siasatan berhubung laporan Al-Jazeera itu tetapi sehingga kini tiada tangkapan dilakukan. “Hasil siasatan awal, kita lihat adanya keraguan munasabah,” katanya.-BH.

Sumber : Berita Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.