Sebuah agensi PBB menyokong ikrar Malaysia untuk mengkaji semula undang-undang serta proses mengambil anak angkat selepas laporan mendakwa negara ini menjadi hab kepada aktiviti pemerdagangan bayi.

Dalam kenyataan hari ini wakil Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) ke Malaysia, Marianne Clark-Hattingh berkata ada "pelbagai kekangan" dihadapi ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat dan ia menyumbang kepada permintaan tinggi untuk seseorang bayi dijual.

"Proses mengambil anak angkat yang panjang, dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sesetengah pegawai kerajaan serta kakitangan pusat kesihatan swasta hanya menyebabkan lebih ramai pasangan mencari jalan alternatif dan ia memberikan peluang besar kepada sindiket berkembang," katanya.

Kenyataan itu dibuat Marianne ekoran pendedahan program 101 East oleh stesen televisyen al-Jazeera baru-baru ini.

Dalam laporannya mereka mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi yang meluas di Malaysia.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara kemudian menafikan Malaysia menjadi hab penjualan bayi.

Katanya polis tidak menafikan aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan al-Jazeera.

Menurut Khalid Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.

Kata Marianne Unicef juga menyokong langkah kerajaan mahu mendaftarkan kanak-kanak yang tidak berdaftar.

"Tanpa sijil kelahiran kanak-kanak Malaysia berdepan risiko tinggi untuk diperdagangkan atau terperangkap dalam sindiket penjualan bayi.

"Unicef tetap bersedia memberikan sokongan lanjut kepada usaha Malaysia memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan lebih selamat dan bermaklumat," katanya.

Marianne turut mencadangkan Malaysia menambah baik akses terkawal kepada pendidikan seks kepada kanak-kanak dan belia bagi meningkatkan kefahaman mereka kepada isu berkenaan.

"Komunikasi antara ibu bapa dan anak dalam hal hubungan antara lelaki dan wanita serta isu seks juga penting supaya mereka boleh membuat pilihan berdasarkan maklumat mencukupi dan sedia mengadu kepada ibu bapa ketika berdepan masalah atau bahaya," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.