DUNGUN: Polis menyiasat lima anggota pengiring berhubung kes seorang tahanan polis yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan polis di Besut, Isnin lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman, berkata siasatan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek termasuk kecuaian sedang dilakukan dan satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka berhubung kes itu.

5 polis pengiring disiasat susulan tahanan lolosjpg

KETUA Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

"Siasatan lanjut masih diteruskan merangkumi semua sudut dan kita tidak akan berkompromi jika didapati bersalah, tindakan tatatertib juga akan dikenakan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur kecuaian atau sebaliknya dan kita tunggu sehingga siasatan selesai untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika menghadiri majlis Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Sokongan di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang suspek lelaki berusia 24 tahun meloloskan diri daripada jagaan polis ketika hendak dibawa ke mahkamah dengan melucutkan gari daripada tangan sebelum melompat pagar sebuah jabatan kerajaan yang terletak berhampiran.

Bagaimanapun, suspek yang memiliki rekod kes dadah itu berjaya diberkas ketika sedang makan di sebuah kedai, kira-kira jam 10.40 malam pada Rabu lalu.

Rosli berkata, setakat ini semua anggota polis pengiring berkenaan sudah ditukarkan ke bahagian lain buat sementara sehingga siasatan selesai dan jika didapati bersalah dan memang berlaku kecuaian, tindakan digantung kerja akan dilaksanakan.

Beliau turut mengarahkan semua Ketua Polis Daerah mengambil perhatian serius berhubung perkara itu dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

"SOP yang ada sudah lengkap, jadi patuhilah apa yang sudah ditetapkan dan jangan mengambil tindakan mudah dalam setiap penugasan yang dipertanggungjawabkan. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan dan menyebabkan imej pasukan polis tercalar," katanya. Sumber : Berita Harian Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.