Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan Diperkenalkan Sempena KIN 2016

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Modul baharu berkaitan Integriti Agensi Penguatkuasaan akan diperkenalkan bersempena Konvensyen Integriti Nasional (KIN) 2016 yang akan diadakan dua hari bermula Khamis ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Dr Anis Yusal Yusoff berkata modul itu bertujuan menambah baik imej dan kualiti perkhidmatan awam khususnya membabitkan 21 agensi penguatkuasaan yang ada dalam negara.

Modul berkenaan akan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, katanya dalam kenyataan hari ini

Sumber : Bernama

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.