Anggota polis antara suspek Geng Minyak

Kota Bharu: Tujuh ahli Geng Minyak termasuk seorang anggota polis dan seorang wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes samun beberapa stesen minyak di Kelantan dalam serbuan berasingan pada 25 hingga 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, tujuh suspek berusia antara 18 hingga 50 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan itu 34 jenis barang dirampas termasuk dua senjata api dan peluru, pedang, pisau serta gari.

"Mereka masing-masing ditahan di sekitar daerah ini dan Bachok direman bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan mendapati suspek aktif melakukan samunpada September lalu membabitkan stesen minyak di negeri ini dan pada masa sama sedang mengesan saki baki," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau berkata, barangan rampasan dianggarkan berjumlah RM400,000 membabitkan stesen minyak di Melor dan Tunjung, Kota Bharu dan Bachok.

Sumber : Harian Metro Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.