Siasat penglibatan anggota kastam

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini. Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata daripada 59 kilang yang berada di seluruh Nilai, hanya 14 kilang melepaskan sisa ke Sungai Buah dan kesemuanya mematuhi syarat yang ditetapkan JAS. "Fokus utama siasatan adalah untuk mengenal pasti punca pencemaran sebenar Sungai Buah. Siasatan secara bersepadu dan menyeluruh ini telah mengambil kira segala aspek termasuk kemalangan lori tangki di KM 46.2 Lebuhraya ELITE, sebarang unsur sabotaj, pelupusan haram buangan terjadual dan pematuhan effluen kilang. "Hasil siasatan yang telah dijalankan oleh JAS Negeri Sembilan mendapati pelepasan effluen dari punca-punca industri di kawasan perindustrian sekitar Nilai mematuhi standard yang ditetapkan JAS," kata Norhazni pada Mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan Wakil Pengurusan Kilang sekitar Nilai di pejabatnya hari ini. Beliau yang turut menafikan dakwaan kononnya pencemaran berpunca daripada sisa kilang, bagaimanapun akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sisa berjadual kilang-kilang di sekitar Nilai. Tambahnya, JAS Negeri Sembilan turut mengambil sampel tanah di kawasan Lebuhraya ELITE yang berlakunya kemalangan melibatkan lori tangki pada 22 Oktober lalu. Sampel tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk ujian terperinci dan keputusan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat. Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan 'kecenderungan unsur sabotaj' oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan 23 Oktober lalu turut mendakwa LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran bau air sungai yang dikatakan berpunca dari kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.

Sumber : Astro Awani

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.