KUALA LUMPUR - Polis meningkatkan kawalan keselamatan peribadi di kediaman dan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar susulan insiden serangan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kawalan itu dipertingkat bagi menjamin tahap keselamatan di kedua-dua tempat tersebut.

"Kita kesal dengan insiden serangan yang berlaku dan telah mengarahkan supaya kawalan keselamatan peribadi diletakkan di kediaman dan pejabat mangsa (Ibrahim Ansar)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman sebentar tadi.

Dalam majlis tersebut sebanyak sembilan ekor lembu dan dua ekor kambing disembelih sebelum diagihkan kepada seluruh warga Bukit Aman.

Sumber : Kosmo Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.