21 kesalahan dalam perhatian

KUALA LUMPUR: Pelan tindakan unit risikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi 1 Januari depan, bakal merangkumi 21 kesalahan jalan raya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid, berkata tumpuan risikan bergantung kepada 'kawasan panas' yang dikenal pasti di seluruh negara.

Katanya, setiap kawasan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan berulang dan menjejaskan kesejahteraan awam.

"Contohnya di kawasan pembangunan, risikan memfokuskan kesalahan kenderaan membawa muatan melebihi had manakala di pinggir bandar berkait kes tidak memakai topi keledar atau laluan bas sering memandu melebihi had laju.

"Sebagai permulaan pelaksanaan unit risikan ini, JPJ menempatkan dua atau tiga pegawai penguat kuasa di setiap negeri.

"Orang ramai digalak menyalurkan maklumat menerusi semua platform yang disediakan agensi ini supaya tindakan segera boleh diambil," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan berhubung unit risikan JPJ yang beroperasi mulai 1 Januari depan dan bakal meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan peraturan jalan raya, terutama memandu laju, menggunakan telefon bimbit serta memandu di lorong kecemasan.

Unit itu bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan berkaitan keselamatan jalan raya yang kemudiannya membuat laporan terus kepada Pengarah Bahagian Penguat Kuasa.

Sementara itu, Kesatuan Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Semenanjung meminta unit risikan berkenaan memberi perhatian terhadap isu kenderaan membawa muatan melebihi had.

Presidennya, Hamzah Misri, berkata penekanan berkenaan penting kerana ia menjadi antara punca kemalangan berlaku dan keselamatan awam terjejas selain menyebabkan banyak jalan rosak.

Katanya, risiko muatan berkenaan terjatuh atau tumpah hingga membahayakan pengguna jalan raya adalah antara faktor yang perlu diambil kira.

"Penubuhan unit risikan JPJ memang langkah baik kerana penguatkuasaan boleh dilakukan secara lebih berkesan, namun kita harap risikan tidak bertumpu kepada tiga isu berkenaan saja.

"Unit ini membolehkan penguat kuasa JPJ mengetahui waktu, hari dan kenderaan yang mungkin terbabit dalam kegiatan penyeludupan pasir secara haram sebelum tindakan lanjut diambil.

"Isu sindiket mengeluarkan 'lesen terbang' diharap dapat ditangani dengan lebih berkesan kerana ada maklumat daripada penguat kuasa atau orang awam," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.