KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai paling cemerlang semenjak beliau mengetuai kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya, bajet menyeluruh yang dibentangkan itu juga telah menimbulkan rasa 'kecewa' dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, bajet pada kali ini merangkumi semua segmen masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan menengah (M40) tetapi turut menterjemahkan pelaksanaan bagi kumpulan minoriti.

"Keseluruhannya bajet kali ini cukup menyeluruh, komprehensif serta memberi kesan yang baik.

"Pada masa sama, defisit dapat dikurangkan sebanyak tiga peratus yang tentunya digemari agensi-agensi penarafan yang mahu melihat pertumbuhan ekonomi diikuti pendapatan seimbang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

source :  Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.