Siasat kaitan kongsi gelap

SUSPEK pertama dan saksi utama kes tembak mati anggota polis Bukit Aman di Changlun, Kedah pernah menjalani tahanan buang daerah mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, suspek berkenaan sebelum ini disekat pergerakannya di kawasan Changlun.

“Suspek pertama dan saksi utama memang ada di daerah terbabit (Changlun). Kediamannya di situ.

“Kita sudah sekat pergerakannya. Ia hanya terhad dalam daerah Changlun,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran modul peningkatan integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) di Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai dua suspek yang sudah ditahan, Khalid berkata, siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari kaitan suspek dengan unsur kongsi gelap.

“Kita sedang menyiasat kaitan mereka dengan kegiatan kongsi gelap, bagaimana pun kita mempunyai alasan yang kukuh untuk menyenaraikan mereka dalam senarai orang yang dikehendaki, " katanya.

Dalam kejadian Jumat lalu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, maut ditembak ketika berbual bersama suspek utama di rumah di Taman Sri Hosba, Changloon.

Harian Metro pernah melaporkan sebelum ini, suspek pertama terbabit, dikenali sebagai Pak Su pernah ditahan buang daerah di Cameron Highlands, Pahang sebelum dibenarkan tinggal di Changlun.

Dia juga turut dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) bagi memantau dan menghadkan pergerakkannya.

source : My Metro 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.